Memupuk minat STEM sejak awal
Melahirkan bakat digital masa depan​
Menyokong inovasi dan kreativiti​
Memacu Kelantan kearah negeri berteknologi​

TENTANG
KARNIVAL STEM

Karnival STEM merupakan platform interaktif yang memperkenalkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik melalui aktiviti hands-on, pertandingan dan pameran inovasi.Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka ilmu, mengembangkan kreativiti, menyelesaikan cabaran dan mencipta idea baharu dalam suasana yang menyeronokkan.

Teroka • Cipta • Berinovasi

SENARAI AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Klik pada aktiviti untuk maklumat lanjut.

AKTIVITI LAIN

Jom teroka, cipta dan belajar! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Karnival STEM.

digerakkan oleh:

KARNIVAL STEM 2026: PERTANDINGAN POSTER KREATIF AI (CANVA)

PERATURAN PERTANDINGAN

Tema: “Semangat Merdeka: Malaysia Di Hatiku”

  1. Penyertaan
  1. Pertandingan terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Kelantan sahaja.
  2. Pertandingan boleh disertai secara individu.
  3. Pertandingan terbahagi kepada dua (2) kategori: Sekolah Rendah (pelajar berumur 9 hingga 12 tahun) dan Sekolah Menengah (pelajar berumur 13 hingga 17 tahun)
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) karya sahaja.
  5. Karya mestilah hasil ciptaan peserta sendiri.
  1. Tema Pertandingan

Tema pertandingan ialah: “Semangat Merdeka: Malaysia Di Hatiku”

Poster hendaklah menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, identiti Malaysia, kemerdekaan, serta aspirasi generasi muda.

Antara contoh idea yang boleh diketengahkan:

  • Jalur Gemilang dan simbol kenegaraan
  • Perpaduan rakyat Malaysia
  • Semangat kecintaan pada negara
  • Malaysia di mata dunia
  • Generasi muda dan masa depan Malaysia
  • Teknologi, inovasi dan Malaysia di masa hadapan
  • Kepelbagaian budaya dan masyarakat
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • …dan lain-lain yang berkaitan dengan tema pertandingan.
  1. Platform
  1. Peserta WAJIB menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster.
  2. Penggunaan ciri Canva AI adalah dibenarkan dan digalakkan.
  3. Peserta boleh menggunakan:
    • Magic Media / AI Image Generator
    • AI-generated graphics
    • Canva Elements
    • Text Effects
    • Background Remover
    • AI Writing Tools
    • Elemen grafik lain yang tersedia dalam Canva.
  4. Penggunaan perisian reka bentuk lain sebagai perisian utama adalah tidak dibenarkan.
  1. Saiz dan Format Poster
  1. Saiz poster: A4 – Portrait (menegak).
  2. Poster hendaklah mempunyai:
    • Tajuk / slogan berkaitan Merdeka
    • Elemen visual yang berkaitan dengan tema
    • Nama pertandingan / penganjur jika ditetapkan
  3. Karya akhir hendaklah dihantar dalam format PNG atau JPG / JPEG.
  4. Resolusi hendaklah sesuai untuk paparan digital dan percetakan.
  1. Penggunaan AI
  1. Peserta WAJIB menggunakan sekurang-kurangnya satu (1) fungsi AI dalam Canva.
  2. Peserta bebas menghasilkan visual menggunakan AI berdasarkan kreativiti masing-masing.
  3. AI hanya digunakan sebagai alat membantu menghasilkan karya, manakala idea, susunan, pemilihan elemen dan hasil akhir mestilah menunjukkan kreativiti peserta.
  4. Peserta tidak dibenarkan menggunakan karya peserta lain atau mengambil poster sedia ada dan mengubahnya secara minimum.
  5. Kandungan AI yang mempunyai unsur:
    • politik kepartian,
    • keganasan,
    • perkauman,
    • lucah,
    • penghinaan terhadap agama,
    • atau kandungan yang boleh menimbulkan kontroversi
      adalah dilarang.
  1. Hak Cipta
  1. Semua karya mestilah hasil asli peserta.
  2. Peserta bertanggungjawab memastikan bahan yang digunakan tidak melanggar hak cipta pihak lain.
  3. Penganjur berhak menolak mana-mana karya yang didapati mempunyai isu hak cipta atau menggunakan karya orang lain tanpa kebenaran.
  4. Penganjur berhak menggunakan karya pemenang untuk tujuan promosi, hebahan dan dokumentasi program dengan memberikan kredit kepada peserta.
  1. Penghantaran Karya

Peserta hendaklah menghantar:

  1. Poster akhir dalam format PNG/JPG.
  2. Pautan Canva kepada reka bentuk asal. Pautan perlu disetkan kepada public.
  3. Prompt AI yang digunakan untuk menghasilkan elemen visual utama.
  4. Nama peserta, sekolah/organisasi dan nombor telefon untuk tujuan pengesahan.
  1. Larangan

Peserta tidak dibenarkan:

  • Menggunakan poster peserta lain.
  • Meniru sepenuhnya poster yang terdapat di internet.
  • Menggunakan AI untuk menghasilkan keseluruhan poster tanpa sebarang pengolahan atau kreativiti sendiri.
  • Menghasilkan kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum atau politik.
  • Menghantar karya yang telah memenangi pertandingan lain.
  • Menggunakan identiti atau maklumat palsu.
  1. Keputusan Pertandingan
  1. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  2. Sebarang rayuan selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
  3. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta melanggar peraturan pertandingan.